- Pembayaran kemasukan hanyalah dibuat selepas pemohon menerima Surat Tawaran Kemasukan.
- Surat Tawaran Kemasukan akan dimaklumkan selepas penilaian temuduga oleh Mesyuarat Pihak Pusat Tahfiz Az Zahra Lilbanat.
- Setiap kemasukan baru PENGAJIAN ASRAMA perlu membayar Yuran Pendaftaran sebanyak RM700.00 (tidak termasuk buku dan uniform) serta RM350.00 bulan Januari / bulan pertama pengajian.
- Yuran pendaftaran adalah untuk menggunakan fasiliti madrasah.
Fasiliti seperti katil, tilam, almari, rehal dan lain-lain yang akan digunakan sepanjang pelajar tersebut menuntut di Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat. - Manakala, bayaran kemasukan setiap tahun untuk PENGAJIAN ULANG ALIK sebanyak RM300 (tidak termasuk buku dan uniform) serta yuran bulan Januari/pengajian bulan pertama RM150.00 bagi setiap sesi.
- Pembayaran yuran bulanan mestilah dilakukan pada awal bulan sebelum 5 Haribulan.
- Pembayaran yang dilakukan melalui online banking, diminta untuk menghantar slip/resit pertama kepada nombor whatsapp 017 6393257 untuk pengesahan kemasukan pelajar baru.
- Bagi pelajar asnaf atau anak yatim , rundingan bersama dengan pihak Pusat Tahfiz Az Zahra Lilbanat bagi tujuan pengurangan yuran. (bergantung pada kuota/ bajet semasa madrasah)
- Yuran mestilah diserahkan hanya melalui akaun bank madrasah Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat .
- Pelajar boleh dikenakan tindakan disiplin Digantung Madrasah sekiranya didapati tidak membayar yuran bulanan selama (3) Tiga Bulan tanpa alasan yang munasabah.
- Bayaran yuran tahunan (maintenance dan seumpamanya) dikenakan sebanyak RM150 bagi semua pelajar yang telah mendaftar melebihi tempoh 6 bulan pada setiap akhir tahun bagi urusan pemulihan dan renovasi prasarana yang telah rosak dan lain lain belanja keperluan murid yang tidak berkenaan makanan.
- Pembayaran boleh dilakukan sekali gus pada awal tahun, setiap enam bulan sekali atau secara bulanan. Pembayaran boleh dilakukan melalui banking online sahaja ke akaun madrasah. Akaun Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat adalah seperti berikut:
Maybank: Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat (562740131231) - Bayaran pendaftaran atau yuran yang telah dibuat TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN semula.
YURANadminptazl2022-11-25T05:32:40+00:00