- Pemohon mestilah berumur 12 tahun dan ke atas.
- Mempunyai asas agama yang baik.
- Pemohon mestilah yang sudah Mumayyiz (pandai berdikari dan boleh membezakan yang baik dan buruk).
- Mempunyai asas pembacaan al quran dan asas ilmu tajwid.
- Mempunyai asas menulis dan membaca dalam bahasa melayu.
- Mempunyai keinginan dan minat sendiri untuk belajar, tanpa sebarang paksaan.
- Pemohon yang pernah belajar di madrasah lain perlu membawa surat berhenti madrasah /sekolah lama dan sijil-sijil yang berkenaan.
- Pelajar yang telah tamat (khatam atau syahadah) di madrasah terdahulu akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Pusat Tahfiz Az Zahra Lilbanat dan akan ditempatkan di kelas yang berkesesuaian baginya.
- Sihat tubuh badan fizikal dan mental.
- Tidak mempunyai rekod penyalahgunaan dadah / bahan-bahan yang memabukkan (Termasuk rokok/vape).
- Pemohon yang mempunyai rekod disiplin akan dinilai terlebih dahulu oleh jawatankuasa penilaian Pusat Tahfiz Az Zahra Lilbanat kemudian akan dibentangkan di dalam mesyuarat asatizah terlebih dahulu.
- Setiap permohonan baru akan melalui proses temuduga oleh guru yang bertauliah.
- Keputusan penerimaan bagi setiap permohonan baru akan dimesyuaratkan oleh pihak Pentadbiran Pusat Tahfiz Az Zahra Lilbanat selepas ditemuduga, kemudian akan dimaklumkan melalui talian hp ibubapa/penjaga yang dinyatakan di dalam boring pendaftaran.
- Berjanji dan berikrar untuk mematuhi segala peraturan Pusat Tahfiz Az Zahra Lilbanat yang telah ditetapkan.
- Ibubapa/Penjaga bersedia untuk menanggung kos pengajiannya sehingga tamat.
- Tidak mempunyai rekod jenayah polis atau kes (berat) mahkamah.
- Lulus Temuduga.
Syarat – Syarat Permohonan Pelajar Baru 2020/2021pentadbirlaman2020-02-24T07:55:11+00:00