PAKAIAN

Tatatertib Berpakaian

Tiap-tiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa berada di sekolah, kelas-kelas persediaan, menghadiri sebarang acara rasmi sekolah atau di luar sekolah, waktu keluar outing, mengikut rombongan sekolah/sukan dan pulang ke kampung atau sebagainya.

Pakaian-pakaian yang bersesuaian dan bersopan untuk kegunaan di asrama.

Jumlah pakaian yang dibenarkan dibawa ke asrama ;

Bil Jenis Pakaian Bilangan
1 Jubah Hitam 3 Pasang
2

Jubah UNIFORM berwarna ungu (Waktu Kelas)

2 Pasang
3

Tudung labuh (ungu/hitam)

2 Pasang
4

Baju tidur (labuh sekurang-kurangnya sehingga bawah lutut)

3 Pasang
5

Stokin

3 Pasang
6

Seluar panjang

3 Helai
7

Tuala mandi

2 Helai
8

Cadar-single (yang tidak bergambar)

2 Helai
9

Sepasang kasut dan sandal

1 Pasang


WAKTU MEMAKAI PAKAIAN-PAKAIAN JUBAH UNIFORM

Pakaian Rasmi (JUBAH)

  1. Waktu solat berjemaah.
  2. Waktu menghadiri kelas.
  3. Waktu pulang ke kampung.
  4. Waktu outing.
  5. Menghadiri majlis-majlis di luar kawasan madrasah yang dibenarkan.
  6. Keluar kawasan bersama waris yang dibenarkan.

BILIK

  1. 2 Helai cadar berwarna merah jambu (boleh dibeli di pejabat)
  2. Selimut
  3. Bantal
  4. Kunci/Mangga
  5. Bakul baju kotor

PENJAGAAN DIRI

Baldi, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo, sabun basuh baju, minyak rambut , pemotong kuku, sikat, putik kapas, shaver.

LAIN LAIN KEPERLUAN

1 mug, 1 cawan, 1 mangkuk, 1 botol air dan sudu.
Asrama – Katil, tilam dan almari dan rehal/meja disediakan oleh pihak pentadbiran.

ITEM-ITEM LARANGAN

Barang kemas

  1. Senjata tajam/ peralatan merbahaya.
  2. Subang besar/ berwarna, cincin, gelang emas, rantai dan seumpamanya.
  3. Maskara, eye-liner, contacts-lense hiasan, eye-shadow, pemerah pipi, gincu bibir berwarna, kuteks/inai kuku atau tangan dan seumpamanya.
  4. Pakaian : tudung (con. bawal, selendang artis) dan seumpamanya.:baju/seluar yang sendat /ketat (body fit)/ tidak berlengan/ berlengan pendek/ seluar pendek @ sebarang pakaian yang tidak sopan.
  5. Apa-apa yang tidak berkenaan dengan peralatan keperluan asrama dan keperluan madrasah.

Alat-Alat Elektronik

  1. Komputer riba , i- Pad , radio, perakam pita bimbit, MP3, MP4, telefon bimbit, cerek elektrik dan alat- alat yang seumpamanya.
  2. Semua alat elektronik yang dibenarkan tetapi disalahgunakan .

Barang-barang seperti di atas serta lain-lain alat yang bukan merupakan alat keperluan asas semua pelajar, tidak dibenarkan diguna atau disimpan di asrama.