PAKAIAN
Tatatertib Berpakaian
Tiap-tiap pelajar dikehendaki berpakaian kemas semasa berada di sekolah, kelas-kelas persediaan, menghadiri sebarang acara rasmi sekolah atau di luar sekolah, waktu keluar outing, mengikut rombongan sekolah/sukan dan pulang ke kampung atau sebagainya.
Pakaian-pakaian yang bersesuaian dan bersopan untuk kegunaan di asrama.
Jumlah pakaian yang dibenarkan dibawa ke asrama ;
Bil | Jenis Pakaian | Bilangan |
---|---|---|
1 | Jubah Hitam | 3 Pasang |
2 |
Jubah UNIFORM berwarna ungu (Waktu Kelas) |
2 Pasang |
3 |
Tudung labuh (ungu/hitam) |
2 Pasang |
4 |
Baju tidur (labuh sekurang-kurangnya sehingga bawah lutut) |
3 Pasang |
5 |
Stokin |
3 Pasang |
6 |
Seluar panjang |
3 Helai |
7 |
Tuala mandi |
2 Helai |
8 |
Cadar-single (yang tidak bergambar) |
2 Helai |
9 |
Sepasang kasut dan sandal |
1 Pasang |
WAKTU MEMAKAI PAKAIAN-PAKAIAN JUBAH UNIFORM
Pakaian Rasmi (JUBAH)
- Waktu solat berjemaah.
- Waktu menghadiri kelas.
- Waktu pulang ke kampung.
- Waktu outing.
- Menghadiri majlis-majlis di luar kawasan madrasah yang dibenarkan.
- Keluar kawasan bersama waris yang dibenarkan.
BILIK
- 2 Helai cadar berwarna merah jambu (boleh dibeli di pejabat)
- Selimut
- Bantal
- Kunci/Mangga
- Bakul baju kotor
PENJAGAAN DIRI
Baldi, berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo, sabun basuh baju, minyak rambut , pemotong kuku, sikat, putik kapas, shaver.
LAIN LAIN KEPERLUAN
1 mug, 1 cawan, 1 mangkuk, 1 botol air dan sudu.
Asrama – Katil, tilam dan almari dan rehal/meja disediakan oleh pihak pentadbiran.
ITEM-ITEM LARANGAN
Barang kemas
- Senjata tajam/ peralatan merbahaya.
- Subang besar/ berwarna, cincin, gelang emas, rantai dan seumpamanya.
- Maskara, eye-liner, contacts-lense hiasan, eye-shadow, pemerah pipi, gincu bibir berwarna, kuteks/inai kuku atau tangan dan seumpamanya.
- Pakaian : tudung (con. bawal, selendang artis) dan seumpamanya.:baju/seluar yang sendat /ketat (body fit)/ tidak berlengan/ berlengan pendek/ seluar pendek @ sebarang pakaian yang tidak sopan.
- Apa-apa yang tidak berkenaan dengan peralatan keperluan asrama dan keperluan madrasah.
Alat-Alat Elektronik
- Komputer riba , i- Pad , radio, perakam pita bimbit, MP3, MP4, telefon bimbit, cerek elektrik dan alat- alat yang seumpamanya.
- Semua alat elektronik yang dibenarkan tetapi disalahgunakan .
Barang-barang seperti di atas serta lain-lain alat yang bukan merupakan alat keperluan asas semua pelajar, tidak dibenarkan diguna atau disimpan di asrama.