Tentang Pusat Tahfiz Az Zahrah Lilbanat
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Baginda Nabi saw.
Pusat Tahfiz Az Zahra Lilbanat (PTAZL) adalah madrasah swasta yang bernombor Pendaftaran Kod Sekolah JAKIM: BZH 8031 yang menyediakan tempat pengajian bagi jurusan tahfiz (HAFIZAH) dan pengajian islam (ALIMAH). Jumlah pelajar yang telah khatam di bawah seliaan PTAZL adalah seramai puluhan orang bagi Jurusan Tahfiz manakala pada 2021 julung kalinya menyaksikan graduasi jurusan Alimah PTAZL yang berjaya khatam Bukhari dalam pengajian kelas Dauratul Hadith selepas 5 tahun pengajian.
VISI – Melahirkan Generasi Ulul Albab dan membangunkan masyarakat Qurani
MISI – Melahirkan Muallimah Rabbani, Huffaz yang berketerampilan, membentuk sahsiah diri anak anak untuk cintakan ilmu pengetahuan agama, kreatif, berkemahiran dan memupuk generasi Huffaz Profesional.
SLOGAN – ILMU, IMAN, AMAL
OBJEKTIF – Memelihara kesucian agama Islam selari dengan perlembagaan Negara, Islam adalah agama Persekutuan
Keluasan institusi ini terdiri dari 3 blok bangunan rumah kedai 3 tingkat. Institusi ini telah ditubuhkan pada bulan April 2012 dengan jumlah pelajar terkini seramai 146 orang, dan tenaga pengajar 14 orang. Kami menganggarkan pengambilan minima murid seramai 500 orang dan maksima murid adalah seramai 800 orang pada tahun 2020 di 4 cawangan rangkaian Az Zahra.