PENDAFTARAN KEMASUKAN KE PUSAT TAHFIZ AZ ZAHRAH LILBANAT 2023 DIBUKA

PENDAFTARAN ONLINE : https://asis.awfatech.com/main/appsps/stureg/stureg_status.php?sysapp=asis0031

 

PENGAJIAN ASRAMA:

1. Jurusan Hafizah =Kelas hafazan Al-Quran, kelas Iqra, Nazirah, Hafazan, Shahadah (untuk Sijil Syahadah syaratnya khatam hafazan 30 juz). (umur 12 tahun-20tahun)

2. Jurusan ‘Alimah =kelas pengajian kitab, kelas 1 sehingga kelas 5, kelas Bukhari,Dauratul Hadith, belajar kitab sunan sittah.  :  umur 15-20 tahun

 

PENGAJIAN ULANG ALIK:

Kelas iqra, kelas Nazirah dan Hafazan Al-Quran:

Umur 7 tahun ke 17 tahun untuk:

1- Sesi pagi sahaja atau

2-sesi petang sahaja atau

3-kedua-dua sesi.

 

PENDAFTARAN PENGAJIAN BERKITAB (‘ALIMAH) BAGI SESI 2023 DIBUKA
(panggilan temuduga akan dimaklumkan melalui whatsapp)

⚡️ Tempat bergantung pada kekosongan katil.

📑 Dokumen yang diperlukan ketika Temuduga/melapor diri :

1) Salinan Pengenalan anak dan ibu/bapa/penjaga.
2) Salinan surat berhenti/sokongan madrasah @ sekolah terdahulu.
3) Salinan slip gaji penjaga yang terkini

Ibu/bapa atau penjaga dikehendaki hadir bersama pada sesi pendaftaran kemasukan pelajar nanti.

 

Tarikh – Tarikh Penting:

1)Pendaftaran : September  (secara online sahaja),

2)Temuduga Oktober (akan dimaklumkan melalui whatsapp/emel)

(Surat Tawaran akan dihantar melalui email atau whatsapp )

3) Pembayaran Yuran Pendaftaran serta Yuran Bulan Pertama dan kitab sebelum 15 Oktober 2022.

4)Tarikh masuk lapor diri:

Januari 2023 – Kemasukan pelajar sedia ada

Januari-Mac 2023 Kemasukan pelajar baru

-Permohonan baru dianggap sah setelah :
☑️bayar Yuran kemasukan
☑️yuran bulan pertama 2023
☑️bayar kitab (jika berkenaan sahaja)
☑️pelajar menerima surat penerimaan dari Pihak Pentadbiran PTAZ LILBANAT

KELAYAKAN PENGAJIAN ALIMAH
*KELAS ALIMAH TAHUN 1-Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira.
KELAS ALIMAH TAHUN 2- Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira, tahu asas bahasa Arab /Nahu/Sorof dan Feqah.
KELAS ALIMAH 3- Syaratnya boleh membaca Al-Quran dengan lancar, boleh membaca dan mengira, tahu asas bahasa Arab /Nahu/Sorof dan Feqah serta hadith dan sudah boleh membaca ibarat kitab tanpa baris.

KELAS ALIMAH 4 dan 5- Syaratnya telah mahir membaca ibarat bahasa Arab dan lulus ujian yang setara dengannya.